Thursday 13 April 2023

9 Tips Kurus Dengan Cepat dan Berkesan

Assalamualaikum.Salam 23 Ramadhan buat sahabat cikjea semua.Moga Allah terima segala amal baik kita di bulan yang mulia ini.aminn🤲

Buat sahabat yang tertunggu-tunggu dengan entry cikjea seterusnya,Entry cikjea kali ni bertajuk Tips Kurus dengan Cepat dan Berkesan.


Berat badan yang ideal merupakan idaman setiap individu untuk kelihatan cantik dan tampan. 

Perlu diingat bahawa proses untuk menguruskan badan jugak memerlukan disiplin yang tinggi.Matlamat anda untuk kurus bukanlah perkara yang mudah, namun tidak mustahil.

Kunci utama untuk mendapat berat badan yang ideal ialah dengan mengubah gaya hidup anda sendiri.

Tips Kurus Dengan Cepat Dan Berkesan.

1)Kurangkan Pengambilan Gula

Sebagai rakyat Malaysia, kita memang tidak boleh lari daripada gula. Malah gula adalah satu bahan yang digunakan oleh manusia seluruh dunia di dalam masakan ataupun minuman. 

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah kaitan gula dengan penurunan berat badan? Sebenarnya, terdapat beberapa cara tubuh badan kita bertindak apabila kita mempunyai lebihan gula dalam badan.

Pertama, makanan yang bergula tidak mengenyangkan dan menyebabkan anda cenderung untuk makan lebih banyak. 

Makanan bergula juga akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Terlalu banyak gula dalam darah akan menyebabkan sel-sel menyimpan gula tersebut sebagai lemak dan menyebabkan berat badan anda meningkat.

2)Minum Air Kosong Boleh Membakar Kalori

Sebuah kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa minum air kosong pada suhu bilik atau sejuk boleh meningkatkan pembakaran kalori. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati individu yang meminum air kosong dapat membakar 2-3% kalori daripada biasa selepas 90 minit minum air. 

Minum air kosong juga boleh membuat anda berasa lebih kenyang.

3)Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga. Namun begitu, pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh meningkatkan berat badan akibat lebihan gula yang tidak digunakan, terutamanya jika apabila pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak disertai dengan senaman.

Karbohidrat yang lebih baik adalah yang tidak diproses dan mengandungi serat yang tinggi contohnya roti bijirin penuh, barli, oat . Mengurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses serta
mengambil karbohidrat dalam jumlah yang disarankan boleh membantu mengurangkan berat badan. 

4)Makan Lebih Banyak Protein

Untuk pengetahuan anda, protein boleh menyebabkan peningkatan pada metabolisma, mengurangkan selera makan dan mengurangkan hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar.

Pengambilan protein meningkatkan kadar metabolisma anda dan menyebabkan pembakaran 80-100 kalori setiap hari. Antara sumber protein yang baik adalah daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, keju dan kekacang seperti soya.

5) Bersenam dan bersukan

Berjalan adalah antara senaman yang sesuai dilakukan bagi sesiapa yang ingin mula bersenam. Ia tidak memerlukan peralatan seperti di gym dan tidak membebankan pada anggota badan anda. Untuk permulaan anda boleh cuba berjalan selama 30 minit, 3-4 kali seminggu.

Jogging dan berlari juga antara senaman yang bagus dipraktikkan untuk membakar kalori. Anda disarankan untuk jogging atau berlari selama 20-30 minit, 3-4 kali seminggu jika anda mampu.

6)Minum teh hijau

Teh hijau mengandungi kafein dan catechin iaitu sejenis antioksidan. Kedua-dua komponen ini meningkatkan metabolisme anda. 

Teh hijau juga bagus jika diminum sebelum bersenam. Sebuah kajian mendapati bahawa meminum teh hijau sebelum bersenam dapat membakar lebih banyak kalori.

7)Amalan Berpuasa

Amalan berpuasa dipraktikkan dalam diet intermittent fasting. Selain mengurangkan pengambilan makanan dalam sehari, berpuasa juga didapati boleh mempengaruhi hormon anda. 

Hormon insulin anda adalah pada paras yang rendah ketika berpuasa. Ini membantu membakar kalori. Selain itu, tubuh juga menghantar hormon norepinephrine kepada tisu-tisu lemak untuk ditukar kepada tenaga. 

8)Mengira Kalori Yang Diambil

Antara teknik untuk kurus adalah dengan mengira jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Mengira kalori akan membuatkan anda lebih berwaspada dengan makanan yang anda boleh makan dalam sehari dan membantu anda mengurangkan berat badan.

9)Ambik Supplement Terbaik

Di Shaklee ada tersedia supplemen khas iaitu Set Hello New You bagi membantu mempercepatkan lagi proses anda untuk kurus dengan cepat dan berkesan.

Set Hello New You Shaklee ada 5 produk di dalamnya iaitu :
  • Cinch Shake ( ada 3 perisa : Vanilla , Chocolate & Cafe Latte )
  • ESP
  • Lecithin
  • Omega Guard
  • Herblax
Kelebihan Set Hello New You Shaklee

Antara kelebihan yang anda boleh dapat bila amalkan set ini adalah :

👉 Menguruskan dan mengekalkan berat badan anda dengan cara yang lebih sihat
👉Mengawal selera makan dan mengurangkan nafsu makan
👉Mengawal paras gula dalam darah untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.
👉Mempercepatkan proses pemecahan lemak.
👉Membantu proses penyingkiran toksin dari badan.

Cikjea sendiri pun amalkan set ni dan alhamdulillah berat badan terkawal dan tak naik mendadak.

Testimoni cikjea sendiri amalkan set hello new you

Testimoni-testimoni lain  yang dah amalkan Set Hello New You.
Bagi yang nak dapatkan set ni boleh hubungi cikjea di link di bawah.
Atau boleh register ahli dan buat belian sendiri di website


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#tipskurusdengancepat2023



1 comment:

  1. Masya Allah ..Terbaiklah Cikjea..Penulisan yang bermanfaat..teruskan menulis okay,

    ReplyDelete

Pengedar Shaklee Aktif di tempat Anda -Bachok Kelantan dan sekitarnya.

Assalamuaikum semua.Saya Norizan Ibrahim.Merupakan Pengedar Aktif Shaklee anda di kawasan Bachok dan sekitarnya.Lokasi saya di Beris Kubur B...