Sunday 30 April 2023

Hari Raya Penuh Makna Dengan SHAKLEE

Assalamualaikum semua.Kejapnyaa masa berlalu kan.Tup tup dah 9 Syawal kita.Masih terkenang lagi kemeriahan kita semua menyambut 1 Syawal, 9 hari yang lepas.Cikjea doakan semoga kita semua di dalam Rahmat dan perlindungan Allah sentiasa.aminn

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.Mohon maaf jika ada salah &silap🙏.

Pengalaman beraya dengan shaklee

Bila sebut jer hari raya,pasti tak lari dari juadah hari raya,rumah terbuka ,kenduri kahwin tu semua kan.

Cikjea tahun ni meriahh sungguh rasa dengan makan saja😄.Sampai hari raya ke 6, sehari 3 tempat kami memenuhi undangan sanak-saudara,family dan kawan sekerja suami .

Fuhh makan saja kan.Tapi gi mana-mana,sebelum makan apa-apa,memang cikjea tak lupa ambik dulu produk shaklee terutama lecithin.Dah telan lecithin kat rumah baru gi beraya.

Ni la lecithin yang cikjea ambik setiap hari

Bila ambik lecithin ni,bila gi mana-mana,makan memang terkawal.Makan pun kuantiti yang sikit jer dah kenyang.Berat badan pun terkawal.Tak naik mendadak sangat.

Memang syiokk la,hari raya dengan shaklee ni.Makan pelbagai pun,perut ok tak meragam.Yang penting tak sembelit.Mudah membuang.Alhamdulillah.Memang WAJIB ada shaklee ni sentiasa setiap kali raya.

Tak lupa jugak cikjea ambik alfalfa ni setiap hari untuk detox.Antara manfaat alfalfa yang lain ialah buang toxin dalam badan dan singkirkan lemak.

Alfalfa untuk detox

Cuaca sekarang ni pun panas kat sini.Untuk boostkan imun badan 1 family,vitamin c ni memang cikjea bawak ke hulu ke hilir.Lagi-lagi balik kampung,memang wajib bawak ni.Alhamdulillah sangat-sangat membantu,bila sakit tekak@selesema ker,cepat recover dengan konsisten pengambilan vitamin c ni.

Pastikan ambik vitamin c setiap hari ye

Selain pengambilan supplement shaklee di hari raya,di sini jugak cikjea sertakan 5 tips untuk kekal sihat,kurus dan langsing semasa hari raya.


5 Tips Kekal Sihat,Kurus dan Langsing Semasa Raya

1)Makan dalam kuantiti yang sedikit

Bila tengok juadah hari raya yang banyak tu,jangan kita rambang mata pulak.Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak.Seeloknya ambik sedikit sahaja makan.Berhenti sebelum kenyang.

2)Minum Air Kosong

Biasanya bila pergi rumah terbuka,pelbagai jenis air disediakan oleh tuan rumah.Macam-macam kaler yang ada.
Tapi air macam-macam kaler tu biasa ada banyak kandungan gula yang tersembunyi.Jadi,pilihlah air yang sihat untuk di minum iaitu air kosong.Minum air kosong dengan mencukupi.

3)Makan dalam pinggan kecil 

Ada pelbagai size pinggan.Besar,sederhana dan kecil.Pastikan kita ambik  pinggan yang kecil agar makanan yang diambil pun kurang.Dalam kuantiti yang sedikit.

4)Amalan Puasa 6

Dengan berpuasa 6,kita akan dapat banyak pahala dan dapat mengawal nafsu makan yang bergolak di dalam diri kita.Manfaat dua dalam satu sekali dapat.

5)Makan buah-buahan 

Elakkan pengambilan karborhidrat berlebihan dan lebihkan makan buah-buahan untuk kekal kurus ,langsing di hari raya.


Di bawah ini cikjea sertakan sekali supplemen dan manfaat supplemen yang WAJIB di ambik ketika hari raya.

Lecithin

Alfalfa

Omega Guard

Herblax

Raya raya juga.Tapi jangan sampai waktu puasa elok berat badan turun,waktu raya terus naik mendadak.Tak ke haru tu.Menyesal tak sudah nanti.Almaklumla berat badan ni bila dah naik susahh betul nak kurus balik.Betul tak??😄

Untuk pertanyaan tentang supplemen kurus semasa hari raya boleh klik link di bawah ye .

Atau boleh order sendiri di website.Klik link untuk register ahli;








 

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Aktif di tempat Anda -Bachok Kelantan dan sekitarnya.

Assalamuaikum semua.Saya Norizan Ibrahim.Merupakan Pengedar Aktif Shaklee anda di kawasan Bachok dan sekitarnya.Lokasi saya di Beris Kubur B...