Sunday 30 April 2023

Hari Raya Penuh Makna Dengan SHAKLEE

Assalamualaikum semua.Kejapnyaa masa berlalu kan.Tup tup dah 9 Syawal kita.Masih terkenang lagi kemeriahan kita semua menyambut 1 Syawal, 9 hari yang lepas.Cikjea doakan semoga kita semua di dalam Rahmat dan perlindungan Allah sentiasa.aminn

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga.Mohon maaf jika ada salah &silap🙏.

Pengalaman beraya dengan shaklee

Bila sebut jer hari raya,pasti tak lari dari juadah hari raya,rumah terbuka ,kenduri kahwin tu semua kan.

Cikjea tahun ni meriahh sungguh rasa dengan makan saja😄.Sampai hari raya ke 6, sehari 3 tempat kami memenuhi undangan sanak-saudara,family dan kawan sekerja suami .

Fuhh makan saja kan.Tapi gi mana-mana,sebelum makan apa-apa,memang cikjea tak lupa ambik dulu produk shaklee terutama lecithin.Dah telan lecithin kat rumah baru gi beraya.

Ni la lecithin yang cikjea ambik setiap hari

Bila ambik lecithin ni,bila gi mana-mana,makan memang terkawal.Makan pun kuantiti yang sikit jer dah kenyang.Berat badan pun terkawal.Tak naik mendadak sangat.

Memang syiokk la,hari raya dengan shaklee ni.Makan pelbagai pun,perut ok tak meragam.Yang penting tak sembelit.Mudah membuang.Alhamdulillah.Memang WAJIB ada shaklee ni sentiasa setiap kali raya.

Tak lupa jugak cikjea ambik alfalfa ni setiap hari untuk detox.Antara manfaat alfalfa yang lain ialah buang toxin dalam badan dan singkirkan lemak.

Alfalfa untuk detox

Cuaca sekarang ni pun panas kat sini.Untuk boostkan imun badan 1 family,vitamin c ni memang cikjea bawak ke hulu ke hilir.Lagi-lagi balik kampung,memang wajib bawak ni.Alhamdulillah sangat-sangat membantu,bila sakit tekak@selesema ker,cepat recover dengan konsisten pengambilan vitamin c ni.

Pastikan ambik vitamin c setiap hari ye

Selain pengambilan supplement shaklee di hari raya,di sini jugak cikjea sertakan 5 tips untuk kekal sihat,kurus dan langsing semasa hari raya.


5 Tips Kekal Sihat,Kurus dan Langsing Semasa Raya

1)Makan dalam kuantiti yang sedikit

Bila tengok juadah hari raya yang banyak tu,jangan kita rambang mata pulak.Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak.Seeloknya ambik sedikit sahaja makan.Berhenti sebelum kenyang.

2)Minum Air Kosong

Biasanya bila pergi rumah terbuka,pelbagai jenis air disediakan oleh tuan rumah.Macam-macam kaler yang ada.
Tapi air macam-macam kaler tu biasa ada banyak kandungan gula yang tersembunyi.Jadi,pilihlah air yang sihat untuk di minum iaitu air kosong.Minum air kosong dengan mencukupi.

3)Makan dalam pinggan kecil 

Ada pelbagai size pinggan.Besar,sederhana dan kecil.Pastikan kita ambik  pinggan yang kecil agar makanan yang diambil pun kurang.Dalam kuantiti yang sedikit.

4)Amalan Puasa 6

Dengan berpuasa 6,kita akan dapat banyak pahala dan dapat mengawal nafsu makan yang bergolak di dalam diri kita.Manfaat dua dalam satu sekali dapat.

5)Makan buah-buahan 

Elakkan pengambilan karborhidrat berlebihan dan lebihkan makan buah-buahan untuk kekal kurus ,langsing di hari raya.


Di bawah ini cikjea sertakan sekali supplemen dan manfaat supplemen yang WAJIB di ambik ketika hari raya.

Lecithin

Alfalfa

Omega Guard

Herblax

Raya raya juga.Tapi jangan sampai waktu puasa elok berat badan turun,waktu raya terus naik mendadak.Tak ke haru tu.Menyesal tak sudah nanti.Almaklumla berat badan ni bila dah naik susahh betul nak kurus balik.Betul tak??😄

Untuk pertanyaan tentang supplemen kurus semasa hari raya boleh klik link di bawah ye .

Atau boleh order sendiri di website.Klik link untuk register ahli;








 

Wednesday 26 April 2023

Insentif Shaklee Malaysia

Assalamualaikum semua.Bertemu lagi kita untuk entry seterusnya🤗.Untuk entry kali ni cikjea akan bercerita tentang 'Insentif Shaklee Malaysia'.

Insentif Shaklee yang kita dapat setiap bulan dan setiap tahun biasanya berkisar tentang 3C.

1)C yang pertama ialah CASH 

Cash yang pertama ialah untung runcit.Bila anda mendaftar sebagai ahli srrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr TT I'm'o.mokk?

haklee dan menjadi pengedar shaklee,automatic anda akan dapat untung runcit sehingga 25-30% .

Cash yang kedua ialah Cash Bonus.Cash Bonus ini kalau cukup point,semua orang layak dapat.Sama ada anda buat bisnes shaklee@makan sendiri sahaja shaklee.Cukup point,setiap 14hb shaklee akan bank in duit direct terus masuk akaun.Yang paling syioknya,bonus shaklee ni unlimited tauu!

Ni percent bonus dalam shaklee@dalam shaklee kita biasa panggil UV shaklee 

Tangga bonus shaklee

Selain bonus individu,shaklee jugak menyediakan insentif bonus kumpulan kepada kita.Bila kumpulan kita makin besar,dan kita lahirkan ramai leader,makin besar bonus kita.Shaklee bagi bonus atas kegigihan kita mengajar kumpulan kita bisnes shaklee.

Contoh tangga bonus setiap rank dalam shaklee

Alhamdulillah cikjea sebagai Surirumah jugak setiap bulan memang tak miss dapat bonus daripada shaklee.


Dengan bonus yang cikjea dapat boleh bantu ringankan beban suami,boleh bagi belanja kat umi abah,boleh belanja anak-anak,boleh bersedekah ,bayar zakat dan banyak lagi.

Syukur alhamdulillah cikjea dipertemukan dengan bisnes shaklee .

Terima kasih shaklee♥️.

2)C yang kedua ialah CAR BONUS

Car bonus ni merupakan insentif kedua dari shaklee.Bagi yang layak dan cukup syarat,car bonus ni akan direct masuk akaun bank kita bermula RM500 dan ke atas.Dan car bonus ni jugak unlimited tauu!Bestkan .Tu ada yang dapat Car Bonus sehingga 5 angka sebulan.Untuk makluman anda semua,shaklee bagi Car Bonus ni dalam bentuk cash bukan dalam bentuk kereta 1 bijik.Sebab apa shaklee bagi cash??

Sebab keinginan&impian setiap orang tak sama.Ada yang dah ada banyak kereta dan tak perlukan kereta dah.Jadi shaklee bagi dalam bentuk cash.Ikut kita la dengan duit tu nak buat beli rumah ker,nak buat beli tanah ker,emas ker,beli aset-aset lain ker,terpulang atas diri kita sendiri.

Cikjea sendiri pun dah merasai Car Bonus daripada shaklee .Alhamdulillah.


Antara yang lain yang pernah dapat car bonus.

Antara yang layak dapat car bonus shaklee dan beli kereta dengan car bonus

3) C yang ketiga ialah CONVENTION

Convention ni merupakan trip percuma percutian mewah tajaan shaklee.Yang syioknya trip mewah ni semua shaklee akan sponsor.Kita hanya bawak diri dan duit untuk shopping saja.Syioknyaa kan!

Trip shaklee terbahagi kepada 2 ;
1)Regional
2)International


Tahun depan untuk regional trip shaklee akan bawak naik royal carribean cruise bermula dari Singapore ke Phuket Thailand.

Royal Carribean Cruise

Untuk international,tahun depan shaklee akan bawak free trip vvip ke Jepun dan Umrah Vvip shaklee bagi yang layak.

International Trip 2024 ke Japan


Kelengkapan Umrah semua shaklee sediakan


Insentif Tambahan Shaklee untuk cycle ini 2023/2024

Menariknya untuk cycle tahun ini ,shaklee ada tawarkan insentif tambahan iaitu bonus naik pangkat kepada kita semua.Contohnya jika anda naik pangkat dari Supervisor ke Senior Supervisor dan kekal efektif selama 3 bulan berturut-turut anda layak untuk dapat duit insentif tambahan dari shaklee sebanyak RM600.


Mesti teruja kan banyak sangat insentif-insentif yang shaklee tawarkan buat anda semua.Nak dapat insentif ini semua?

Jom daftar ahli shaklee dengan cikjea.

Ada 2 cara untuk daftar;

1)Dengan bayar yuran keahlian sebanyak RM35 sahaja.Anda dah boleh untuk buat bisnes shaklee dan kalau cukup syarat,anda layak untuk dapat semua insentif yang shaklee tawarkan.

2)Dengan pembelian produk sebanyak 100uv,anda layak untuk dapat keahlian secara percuma sahaja.

Klik link di bawah untuk daftar ye.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1112959

Atau klik link whatsapp;
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023


Thursday 13 April 2023

9 Tips Kurus Dengan Cepat dan Berkesan

Assalamualaikum.Salam 23 Ramadhan buat sahabat cikjea semua.Moga Allah terima segala amal baik kita di bulan yang mulia ini.aminn🤲

Buat sahabat yang tertunggu-tunggu dengan entry cikjea seterusnya,Entry cikjea kali ni bertajuk Tips Kurus dengan Cepat dan Berkesan.


Berat badan yang ideal merupakan idaman setiap individu untuk kelihatan cantik dan tampan. 

Perlu diingat bahawa proses untuk menguruskan badan jugak memerlukan disiplin yang tinggi.Matlamat anda untuk kurus bukanlah perkara yang mudah, namun tidak mustahil.

Kunci utama untuk mendapat berat badan yang ideal ialah dengan mengubah gaya hidup anda sendiri.

Tips Kurus Dengan Cepat Dan Berkesan.

1)Kurangkan Pengambilan Gula

Sebagai rakyat Malaysia, kita memang tidak boleh lari daripada gula. Malah gula adalah satu bahan yang digunakan oleh manusia seluruh dunia di dalam masakan ataupun minuman. 

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah kaitan gula dengan penurunan berat badan? Sebenarnya, terdapat beberapa cara tubuh badan kita bertindak apabila kita mempunyai lebihan gula dalam badan.

Pertama, makanan yang bergula tidak mengenyangkan dan menyebabkan anda cenderung untuk makan lebih banyak. 

Makanan bergula juga akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah (hyperglycemia). Terlalu banyak gula dalam darah akan menyebabkan sel-sel menyimpan gula tersebut sebagai lemak dan menyebabkan berat badan anda meningkat.

2)Minum Air Kosong Boleh Membakar Kalori

Sebuah kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa minum air kosong pada suhu bilik atau sejuk boleh meningkatkan pembakaran kalori. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati individu yang meminum air kosong dapat membakar 2-3% kalori daripada biasa selepas 90 minit minum air. 

Minum air kosong juga boleh membuat anda berasa lebih kenyang.

3)Kurangkan Pengambilan Karbohidrat

Karbohidrat adalah sumber tenaga. Namun begitu, pengambilan karbohidrat yang tinggi boleh meningkatkan berat badan akibat lebihan gula yang tidak digunakan, terutamanya jika apabila pengambilan makanan tidak seimbang dan tidak disertai dengan senaman.

Karbohidrat yang lebih baik adalah yang tidak diproses dan mengandungi serat yang tinggi contohnya roti bijirin penuh, barli, oat . Mengurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses serta
mengambil karbohidrat dalam jumlah yang disarankan boleh membantu mengurangkan berat badan. 

4)Makan Lebih Banyak Protein

Untuk pengetahuan anda, protein boleh menyebabkan peningkatan pada metabolisma, mengurangkan selera makan dan mengurangkan hormon ghrelin yang menyebabkan rasa lapar.

Pengambilan protein meningkatkan kadar metabolisma anda dan menyebabkan pembakaran 80-100 kalori setiap hari. Antara sumber protein yang baik adalah daging lembu, ayam, ikan, telur, susu, keju dan kekacang seperti soya.

5) Bersenam dan bersukan

Berjalan adalah antara senaman yang sesuai dilakukan bagi sesiapa yang ingin mula bersenam. Ia tidak memerlukan peralatan seperti di gym dan tidak membebankan pada anggota badan anda. Untuk permulaan anda boleh cuba berjalan selama 30 minit, 3-4 kali seminggu.

Jogging dan berlari juga antara senaman yang bagus dipraktikkan untuk membakar kalori. Anda disarankan untuk jogging atau berlari selama 20-30 minit, 3-4 kali seminggu jika anda mampu.

6)Minum teh hijau

Teh hijau mengandungi kafein dan catechin iaitu sejenis antioksidan. Kedua-dua komponen ini meningkatkan metabolisme anda. 

Teh hijau juga bagus jika diminum sebelum bersenam. Sebuah kajian mendapati bahawa meminum teh hijau sebelum bersenam dapat membakar lebih banyak kalori.

7)Amalan Berpuasa

Amalan berpuasa dipraktikkan dalam diet intermittent fasting. Selain mengurangkan pengambilan makanan dalam sehari, berpuasa juga didapati boleh mempengaruhi hormon anda. 

Hormon insulin anda adalah pada paras yang rendah ketika berpuasa. Ini membantu membakar kalori. Selain itu, tubuh juga menghantar hormon norepinephrine kepada tisu-tisu lemak untuk ditukar kepada tenaga. 

8)Mengira Kalori Yang Diambil

Antara teknik untuk kurus adalah dengan mengira jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Mengira kalori akan membuatkan anda lebih berwaspada dengan makanan yang anda boleh makan dalam sehari dan membantu anda mengurangkan berat badan.

9)Ambik Supplement Terbaik

Di Shaklee ada tersedia supplemen khas iaitu Set Hello New You bagi membantu mempercepatkan lagi proses anda untuk kurus dengan cepat dan berkesan.

Set Hello New You Shaklee ada 5 produk di dalamnya iaitu :
  • Cinch Shake ( ada 3 perisa : Vanilla , Chocolate & Cafe Latte )
  • ESP
  • Lecithin
  • Omega Guard
  • Herblax
Kelebihan Set Hello New You Shaklee

Antara kelebihan yang anda boleh dapat bila amalkan set ini adalah :

👉 Menguruskan dan mengekalkan berat badan anda dengan cara yang lebih sihat
👉Mengawal selera makan dan mengurangkan nafsu makan
👉Mengawal paras gula dalam darah untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.
👉Mempercepatkan proses pemecahan lemak.
👉Membantu proses penyingkiran toksin dari badan.

Cikjea sendiri pun amalkan set ni dan alhamdulillah berat badan terkawal dan tak naik mendadak.

Testimoni cikjea sendiri amalkan set hello new you

Testimoni-testimoni lain  yang dah amalkan Set Hello New You.
Bagi yang nak dapatkan set ni boleh hubungi cikjea di link di bawah.
Atau boleh register ahli dan buat belian sendiri di website


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#tipskurusdengancepat2023



Monday 10 April 2023

Bisnes Online Terbaik di Malaysia-Bisnes Shaklee

Assalamualaikum.Salam 19 Ramadhan semua.Cepatnyaa masa berlalu kan.Ramadhan tinggal 11 hari sahaja lagi.Moga kita semua dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Malam Lailatul Qadar.aminn🤲

Entry cikjea kali ini ialah berkaitan bisnes online yang cikjea as a Surirumah sepenuh masa sedang jalankan bisnes ni dari rumah sekarang🥰.

Apa itu BISNES ONLINE?


Bisnes online merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli .

Antara contoh platform yang menjalankan perniagaan atas talian yang famous sekarang ni ialah Shopee, Lazada, Tiktokshop,Facebook dan banyak lagi.

Kebanyakan masyarakat hari ini menjalankan perniagaan atas talian ini disebabkan oleh prosesnya yang mudah dan cepat tanpa perlu mempunyai kedai fizikal.

Kita juga boleh menjalankan transaksi perniagaan di hujung jari sahaja. Bukan itu sahaja, perniagaan atas talian ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila masa sahaja.

Mudah kan!

Sebab itu ramai yang memilih untuk jalankan bisnes online sekarang ni termasuklah cikjea sendiri.Sambil duk rumah jaga anak,sambil bisnes online.

TITIK TOLAK CIKJEA TERJEBAK DENGAN BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA-SHAKLEE

Sebenarnya,cikjea dulu pernah bekerja sebagai tenaga pengajar di Kuala Pilah Negeri Sembilan.Nak dijadikan cerita,masa cikjea nak bersalin anak pertama pada tahun 2013, cikjea resign kerja dan bermula dari situlah cikjea mula terjebak dengan bisnes online.

Biasa la kan.Dari orang yang ada gaji sendiri,pegang duit sendiri tiba-tiba takde gaji dah.Haru jugak hidup rasa.hihi

Dari bisnes online buat macam-macam dropship,cikjea terjebak dengan bisnes shaklee asbab cikjea jatuh cinta dengan keberkesanan produk yang cikjea ambik semasa hamil anak pertama.

Dari seorang pengguna produk shaklee sahaja,cikjea beralih ke fulltime bisnes online shaklee dan mula berkongsi dengan ramai orang di luar sana tentang produk dan bisnes shaklee.

I am Shaklee Brand Ambassador

Dan sejujurnya,dalam banyak-banyak bisnes yang cikjea buat sebelum kenal shaklee,bisnes online shaklee inilah yang paling besttt sekali cikjea rasa.

Ni antara bonus-bonus yang cikjea dapat dengan bisnes shaklee .


5 SEBAB CIKJEA PILIH BISNES SHAKLEE?

1)Produk Yang Berkualiti & Hebat 

Produk shaklee ni dah lama wujud sebenarnya .Dah 100 tahun lebih dah umur produk shaklee ni.

Produk pertama yang Dr.Forrest Shaklee cipta ialah Vitalea atau Vitalized Minerals.Ia adalah gabungan mineral-mineral penting  yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan.


Walaupun usia lebih 100 tahun, shaklee dari masa ke semasa sentiasa membuat inovasi untuk penambahbaikan produk . 

Produk shaklee juga;

✅Sentiasa Selamat

•Setiap tahun sebanyak USD300 juta (RM1 Billion) dilaburkan untuk ujian klinikal dan R&D.
•Lebih 100,000 ujian kualiti tahunan.
•Sehingga 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru.
•Label dan botol juga diuji secara klinikal untuk memastikan ianya selamat kepada bayi sehingga ke orang dewasa.



✅Sentiasa Berkesan

•Lebih 65 saintis menjalankan R&D ke atas pelbagai bahan dan produk.
•Disokong oleh kajian klinikal dan saintifik yang terdapat dalam lebih 100 terbitan jurnal saintifik.
•Satu kajian unggul (Landmark Study) telah dijalankan untuk membuktikan bahawa produk Shaklee adalah sangat berkualiti tinggi, terbaik, berkesan, selamat.
•Hasil daripada Landmark Study Shaklee menunjukkan, mereka yang mengambil supplement Shaklee dalam jangkamasa lama mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain atau langsung tidak mengambil sebarang vitamin.

✅Sentiasa Mesra Alam.

Produk terbaik yang selamat untuk anda, rumah anda, bumi anda kerana bahan dan proses yang digunakan adalah semula jadi, beyond organik.

2)Syarikat yang Kukuh dan Unggul

Syarikat Shaklee dah kukuh selama 60 tahun lebih di dunia dan dah lebih 30 tahun bertapak di Malaysia. Bila dah bertapak lebih 60 tahun kat dunia ni maksudnya Shaklee adalah syarikat yang kukuh dan unggul. 

So kita bila nak buat bisnes, kena la cari syarikat yang kukuh untuk menjamin keselamatan modal yang kita keluarkan. Nak tau syarikat tu kukuh atau tak, dia kena ada lebih dari 15 tahun, tapi shaklee dah lebih 60 tahun.Memang kukuh dan unggul sangat kan!

3)Shaklee Bisnes MLM patuh syariah

Bisnes shaklee ni bisnes berdasarkan MLM.Jadi ,kita kena pilih betul-betul syarikat patuh syariah.

Apabila mendengar MLM kita akan bayangkan perlu mencari orang sebagai downline kita dan perlu melabur ribuan ringgit kan. Tapi berbeza dengan bisnes Shaklee ni,ia adalah bisnes MLM yang patuh syariah.Ada kelulusan Halal yang diiktiraf oleh Jakim lagi.Dan tak perlu melabur ribuan ringgit.

Tiada istilah downline kerja kuat upline hanya goyang kaki. Dalam Shaklee sangat adil dan saksama kalau downline bekerja keras tidak mustahil downline akan mendapat ganjaran bonus melebihi upline nya sendiri. Dengan Shaklee kita akan membina empayar kita sendiri.

Keluarga besar kami di shaklee.Circle yang positif.Ukhuwwah yang best sangat

4)Ganjaran 3C dalam shaklee.

3C yang DITAWARKAN dalam Shaklee, iaitu: - 

1. CASH BONUS 

Cash atau Tunai 
Dalam perniagaan Shaklee Cash ada dua iaitu bonus yang Shaklee bagi bila kita mencapai target dan bonus terkumpul kumpulan kita dalam sebulan. 

2. CAR BONUS 

Car Bonus ni, Shaklee tak bagi kereta macam tu jer. Shaklee akan bagi CASH pada kita. Kenapa dalam bentuk cash? Sebab, cita rasa manusia tak sama. Ada yang suka kereta, ada yang suka rumah cantik dan selesa dan  nak buat cash tu aset lain-lain pun boleh😍. Semua cash yang akan kita dapat ini,  bergantung pada hasil usaha kita juga dalam perniagaan Shaklee. Semakin besar usaha kita semakin besarlah cash yang kita akan dapat. 

Syukur alhamdulillah cikjea dah dapat car bonus dalam shaklee

3. CONVENTIONAL TRIP VVIP

Ni trip paling best siapa yang suka travel tu memang sesuai sangat. Bukan travel biasa-biasa semuanya diluar negara. 
Paling best lagi Shaklee akan tawarkan Pakej Umrah. Tentu seronok bila kita mampu ke Tanah Suci dengan trip Shaklee ni. Insya Allah.Semoga kita semua mampu menjejak kaki ke sana nanti.aminn

5)Bisnes yang boleh diwarisi

• Shaklee ni bukan bisnes untuk kita buat sekarang, tapi juga untuk masa akan datang.Bila kita join Shaklee, kita dah mewujudkan tapak bisnes untuk anak cucu kita jugak.Bisnes Shaklee ni boleh diwarisi apabila kita merasa untuk berhenti membuat bisnes shaklee ni.Shaklee juga dah bekerjasama dengan Amanah Raya untuk urusan Pewarisan ni.

Pewaris empayar bisnes shaklee mommy nanti.

Untuk sertai bisnes Shaklee ni hanya perlukan modal RM35 sahaja, dan segalanya diuruskan oleh Shaklee.Pengeposan semua shaklee akan uruskan direct hantar kepada customer.Cuma klik-klik order di website shaklee.Siap!

Bisnes Shaklee di hujung jari sahaja!

 
Kepada yang berminat untuk sertai bisnes shaklee ni boleh hubungi cikjea di link  yang tertera.

Atau,

Klik link di bawah untuk register.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1112959


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia












Pengedar Shaklee Aktif di tempat Anda -Bachok Kelantan dan sekitarnya.

Assalamuaikum semua.Saya Norizan Ibrahim.Merupakan Pengedar Aktif Shaklee anda di kawasan Bachok dan sekitarnya.Lokasi saya di Beris Kubur B...