Friday 26 May 2023

Renewal Mudah Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua.Bertemu lagi kita ye.Semoga hari ini kita dipermudahkan segala urusan.amin

Untuk entry kali ini cikjea akan kongsikan pasal renewal shaklee atau lebih dikenali sebagai pembaharuan ahli shaklee.

Untuk pengetahuan semua,bermula 1 March 2020 shaklee memperkenal kan cara renewal paling mudah untuk kesemua ahli shakleenya.


Kalau sebelum ini,keahlian shaklee adalah seumur hidup,bermula tahun 2020 keahlian selama setahun sahaja.Selepas itu keahlian akan tamat setiap kali tiba hari lahir kita.

Tapi,jangan risau Renewal Shaklee Membership ini juga boleh dibuat 3 bulan sebelum hari lahir.Dan yang specialnya,kita tak perlu bayar RM35 lagi,tapi renewal ahli shaklee FREE sahaja jika anda membuat pembelian 1 produk sahaja dalam tempoh 3 bulan sebelum hari lahir.

Contohnya,jika anda buat pembelian herbal blend yang berharga RM34 sahaja ,keahlian anda akan automatic akan aktif.

Syiokk kan!

Shaklee sangat mempermudahkan cara untuk kita kekal aktif sebagai ahli shaklee.

Ini cara yang pertama untuk renewal ahli shaklee yang mudah.

Cara yang kedua ini cara yang paling best sekali yang semua orang suka jugak.

Caranya ialah dengan pembelian promo yang shaklee tawarkan setiap bulan iaitu pembelian produk  dengan harga murah,automatic keahlian  shaklee kita akan ter renew secara percuma.

Ni lagi syiokk.Dahla dapat beli produk dengan harga murah,dapat lagi renew ahli secara percuma.

Ni produk promo yang anda boleh dapatkan secara murah sekaligus boleh renew keahlian anda secara percuma.

Antara promo shaklee bulan ni

Kenapa kita perlu pastikan keahlian kita aktif sentiasa?

Sebabnya bila keahlian kita aktif sentiasa,kita berpeluang mendapat kesemua insentif-insentif yang shaklee tawarkan iaitu;

1)Cash bonus dari RM25 hingga unlimited
2)Car bonus dari RM500 hingga unlimited
3)Conventian.percutian ke luar negara&Umrah free
4)Leadership bonus dan bonus-bonus lain yang shaklee tawarkan.

Jadi,tersangatlah rugi kalau kita makan produk shaklee tapi keahlian kita tak aktif.Kita tidak berpeluang dapat semua yang shaklee tawarkan di atas.

Jom aktifkan ahli shaklee anda semua!

Untuk detail lebih lanjut berkenaaan dengan renewal ahli secara percuma shaklee boleh hubungi cikjea di nombor di bawah ye.





Cash Rebate Shaklee - Dapat makan vitamin PERCUMA

Assalamualaikum.Salam pembuka bicara.Bertemu lagi kita ye. Terima kasih kerana sudi singgah di blog cikjea.Untuk entry kali ini cikjea akan kongsikan berkaitan Cash Rebate dari shaklee.

Pernah dengar tak tentang Cash Rebate?

Cash Rebate ni bermaksud keuntungan dalam bentuk wang tunai.

Dalam bisnes shaklee,anda boleh dapat Cash Rebate secara tunai ini jugak bermula dengan RM25 hingga unlimited.Dengan cash rebate ini juga anda boleh makan vitamin setiap bulan secara percuma sahaja.

Syiokk kan!😍

Baiklah jom cikjea terangkan serba sedikit tentang Cash Rebate dari shaklee ni.

Ini adalah jadual bonus shaklee.Anda boleh lihat sendiri,cash rebate yang akan anda dapat dengan hanya berdaftar jadi ahli shaklee.Dari 5% hingga 21% anda akan dapat cash rebate dari shaklee .

Yang syoknya jugak,walau anda makan sendiri sahaja, anda akan dapat cash rebate dengan shaklee ni,dan dengan cash rebate ni lah anda boleh gunakan untuk beli vitamin shaklee banyak-banyak tanpa perlu keluarkan duit.Hanya boleh guna cash rebate ini sahaja.

Semakin banyak anda dapat cash rebate,semakin banyak anda dapat beli vitamin untuk diri sendiri dan keluarga .Best kan macam ni😍.

Cash rebate ahli shaklee

Pengalaman dapat Cash Rebate setiap bulan dengan shaklee.

Pengalaman cikjea sendiri,alhamdulillah cikjea dah merasai sendiri cash rebate dari shaklee ni dah lebih 6 tahun dah setelah cikjea buat keputusan untuk serius bisnes shaklee.

Dengan cash rebate yang cikjea dapat setiap bulan inilah,cikjea dapat makan vitamin secara percuma dan sekaligus dapat sponsor secara percuma vitamin kepada keluarga jugak dengan cash rebate yang cikjea dapat sahaja tanpa perlu guna duit lain.Alhamdulillah.

Cara untuk anda dapatkan Cash Rebate dari Shaklee.

1)Bukan sahaja cikjea,tapi anda semua jugak boleh dapatkan Cash Rebate dari shaklee ini juga dengan berdaftar sebagai ahli shaklee dengan RM35 sahaja.

2)Kalau anda nak tahu,anda jugak boleh menjadi ahli shaklee dengan percuma sahaja dengan membuat belian produk 100uv ke atas,automatik akan dapat keahlian percuma.

3)Yang ke 3 ni yang paling best😍.
Untuk bulan ni ,sesiapa yang grab promo bulan ni,iaitu promo set Rahmah A dan B,automatic anda akan dapat keahlian percuma dari shaklee.

Set Rahmah A

Set Rahmah B
Jom dapatkan set promo ni bulan ni anda akan dapat keahlian secara percuma sahaja.

Untuk detail mengenai Cash Rebate Shaklee,boleh hubungi cikjea di nombor yang tertera di bawah ye.



Tuesday 16 May 2023

Kurus Sihat dengan Set Hello New You Shaklee

Assalamualaikum semua🥰.Bertemu lagi kita ye.Apa khabar sahabat semua?Cikjea doakan semoga semuanya di dalam Rahmat dan Perlindungan Allah sentiasa.aminnn🤲

Syawal bakal melabuhkan tirainya dah tak lama lagi.Ada tak kat sini yang risauuu berat badan makin naik sekarang ni??

Almaklum la bila raya,makan tak ingat duniaa,open house sana sini,kenduri sana sini,berat badan pulak naik mendadak bagai di pam-pam??

Puasa berat turun.
Raya naikk mendadak😩.

Adoiiii,apa nak buat ye??

Haaa jangan risau di Shaklee kami ada solusinya🥰

Set Hello New You Shaklee

Inilah set kurus sihat yang shaklee tawarkan buat anda semua di luar sana.

Ok jom kita berkenal-kenalan dengan Set Hello New You shaklee ni.

Set Hello New You

Elok sangat sahabat semua grab Set Hello New You ni bulan ni sebab tengah promo murah kaw-kaw!

Di dalam set ni terdapat;

1. Cinch Shake 
•Cinch shake berfungsi sebagai meal replacement dan ianya memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya.Ia jugak dapat mengurangkan selera makan bagi anda yg tak boleh control nafsu makan.

2. Omega Guard
•Omega guard berfungsi untuk membantu membakar lemak degil di dalam badan.

3. Lecithin
•Lecithin di kenali sebagai pengemulsi semulajadi yang membantu untuk memecahkan lemak dalam proses penghadaman.

4. Herblax
•Herblax berfungsi untuk membuang segala toksin dalam badan kita.

Macam mana Set Hello New You ni akan membantu anda untuk kurus dan slim? 

Set ni guna konsep 3B (Buang, Bakar, Bina) 
1) Buang : 
✅ Bersihkan & reset sistem pencernaan dengan Herblax. 

2) Bakar :
✅ Bakar lemak & tingkatkan metabolisma badan dengan Omega & Lecithin

3) Bina :
✅ Ambil Protein Cinch untuk kawalan pengambilan makanan tinggi kalori. 
✅ Beri tenaga di siang hari serta membina otot agar badan tidak gelebeh. 

Dan yang paling best badan pun takde dah rasa cepat letih, lemah, lesu, lemau.

Di bawah ni antara testimoni yang dah berjaya kurus dengan Set Hello New YOU Shaklee

Bagi yang ingin dapatkan promo Set Hello New You ni boleh hubungi cikjea di link di bawah ye.
Atau boleh register ahli dan buat belian sendiri di website



#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#tipskurusdengancepat2023




Hari Raya Open House

Assalamualaikum semua🥰.Salam 26 Syawal.How time flies kan.Dah nak abis dah bulan syawal.Macam biasa kalau sebut bulan syawal@hari raya mesti terbayang-bayang perkataan "Open House" nya .Sama ada kita sebagai tuan rumah yang buat open house atau kita memenuhi undangan sanak saudara dan kenalan untuk hadir ke Open house mereka.

Konsep Hari Raya Open House

Hari Raya Open House ini diadakan atas beberapa faktor iaitu ziarah, meraikan atau memuliakan jiran, menghubungkan silaturahim dan berkenal-kenalan.

Konsep ziarah-menziarahi atau kunjung-mengunjungi pada hari raya sangat dituntut bagi mengukuhkan tali persaudaraan yang jauh mahupun dekat dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara, jiran, sahabat handai dan kenalan.

Secara dasarnya, budaya berziarah merupakan antara cara yang baik dalam mengeratkan persaudaraan dalam kalangan masyarakat Islam sebagaimana dijelaskan melalui hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.:

Ada seorang lelaki menziarahi seorang saudaranya di satu desa lain, kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan  yang dilaluinya. 

Setelah lelaki itu melalui jalan tersebut, berkatalah malaikat kepadanya: “Ke mana engkau hendak pergi?” lelaki itu menjawab: “Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini.” 

Malaikat bertanya lagi: “Adakah suatu kenikmatan yang engkau akan peroleh daripada saudaramu itu?” Ia menjawab: “Tidak, saya berjumpa dengannya kerana saya mencintai, menyayanginya kerana Allah.” 

Malaikat lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu dan memberitahumu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah.” (HR Muslim)

Selain itu, budaya ziarah pada hari raya juga melambangkan perkongsian rezeki yang dimiliki yang secara tidak langsung memberi kegembiraan dan bersedekah kepada orang lain selain mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.

Pengalaman Hari Raya Open House

Macam cikjea tahun ni memang meriahh betul la.Almaklumla dulu PKP,jadi takde sangat open housenya.Sekarang ni ramai betul buat Open House.Dari hari raya pertama hingga ke raya ke 5,kami sekeluarga boleh dikatakan setiap hari memenuhi undangan Open House samaada keluarga atau rakan sekerja suami.

Memang meriahhh sangat. Meriah dengan orang ramai.Meriah dengan makanan.Macam-macam ada.Nasi minyak,ketupat,nasi himpit,laksa,kambing bakar,satey dan macam-macam lagi.

Antara juadah open house

Masa open house ni lah kita dapat berkenal-kenalan dengan sanak- saudara yang lain dan menghubungkan silaturrahim sesama kita🥰.

Open house di rumah Bapa Saudara

.
Open house di rumah cucu sedara Abah

Open house kenalan suami

Cikjea macam biasa.Kalau nak pergi mana-mana open house wajib telan Set Kurus Shaklee ni dulu.Bila ambik set ni,nafsu makan kita akan kurang.Jadi,berat badan takdela naik mendadak sangat selepas raya.Maintain kurus dan slim gitewwww😁

Set Kurus di musim raya shaklee

Akhir kata,Open house ,open house jugak.Makan biar berpada-pada ye.Berhenti sebelum kenyang.Jaga kesihatan semua di musim perayaan ni.

Pengedar Shaklee Aktif di tempat Anda -Bachok Kelantan dan sekitarnya.

Assalamuaikum semua.Saya Norizan Ibrahim.Merupakan Pengedar Aktif Shaklee anda di kawasan Bachok dan sekitarnya.Lokasi saya di Beris Kubur B...