Tuesday 16 May 2023

Hari Raya Open House

Assalamualaikum semuašŸ„°.Salam 26 Syawal.How time flies kan.Dah nak abis dah bulan syawal.Macam biasa kalau sebut bulan syawal@hari raya mesti terbayang-bayang perkataan "Open House" nya .Sama ada kita sebagai tuan rumah yang buat open house atau kita memenuhi undangan sanak saudara dan kenalan untuk hadir ke Open house mereka.

Konsep Hari Raya Open House

Hari Raya Open House ini diadakan atas beberapa faktor iaitu ziarah, meraikan atau memuliakan jiran, menghubungkan silaturahim dan berkenal-kenalan.

Konsep ziarah-menziarahi atau kunjung-mengunjungi pada hari raya sangat dituntut bagi mengukuhkan tali persaudaraan yang jauh mahupun dekat dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara, jiran, sahabat handai dan kenalan.

Secara dasarnya, budaya berziarah merupakan antara cara yang baik dalam mengeratkan persaudaraan dalam kalangan masyarakat Islam sebagaimana dijelaskan melalui hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.:

Ada seorang lelaki menziarahi seorang saudaranya di satu desa lain, kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan  yang dilaluinya. 

Setelah lelaki itu melalui jalan tersebut, berkatalah malaikat kepadanya: “Ke mana engkau hendak pergi?” lelaki itu menjawab: “Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini.” 

Malaikat bertanya lagi: “Adakah suatu kenikmatan yang engkau akan peroleh daripada saudaramu itu?” Ia menjawab: “Tidak, saya berjumpa dengannya kerana saya mencintai, menyayanginya kerana Allah.” 

Malaikat lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu dan memberitahumu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah.” (HR Muslim)

Selain itu, budaya ziarah pada hari raya juga melambangkan perkongsian rezeki yang dimiliki yang secara tidak langsung memberi kegembiraan dan bersedekah kepada orang lain selain mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.

Pengalaman Hari Raya Open House

Macam cikjea tahun ni memang meriahh betul la.Almaklumla dulu PKP,jadi takde sangat open housenya.Sekarang ni ramai betul buat Open House.Dari hari raya pertama hingga ke raya ke 5,kami sekeluarga boleh dikatakan setiap hari memenuhi undangan Open House samaada keluarga atau rakan sekerja suami.

Memang meriahhh sangat. Meriah dengan orang ramai.Meriah dengan makanan.Macam-macam ada.Nasi minyak,ketupat,nasi himpit,laksa,kambing bakar,satey dan macam-macam lagi.

Antara juadah open house

Masa open house ni lah kita dapat berkenal-kenalan dengan sanak- saudara yang lain dan menghubungkan silaturrahim sesama kitašŸ„°.

Open house di rumah Bapa Saudara

.
Open house di rumah cucu sedara Abah

Open house kenalan suami

Cikjea macam biasa.Kalau nak pergi mana-mana open house wajib telan Set Kurus Shaklee ni dulu.Bila ambik set ni,nafsu makan kita akan kurang.Jadi,berat badan takdela naik mendadak sangat selepas raya.Maintain kurus dan slim gitewwwwšŸ˜

Set Kurus di musim raya shaklee

Akhir kata,Open house ,open house jugak.Makan biar berpada-pada ye.Berhenti sebelum kenyang.Jaga kesihatan semua di musim perayaan ni.

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Aktif di tempat Anda -Bachok Kelantan dan sekitarnya.

Assalamuaikum semua.Saya Norizan Ibrahim.Merupakan Pengedar Aktif Shaklee anda di kawasan Bachok dan sekitarnya.Lokasi saya di Beris Kubur B...