Monday 10 April 2023

Bisnes Online Terbaik di Malaysia-Bisnes Shaklee

Assalamualaikum.Salam 19 Ramadhan semua.Cepatnyaa masa berlalu kan.Ramadhan tinggal 11 hari sahaja lagi.Moga kita semua dipertemukan dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Malam Lailatul Qadar.aminn🤲

Entry cikjea kali ini ialah berkaitan bisnes online yang cikjea as a Surirumah sepenuh masa sedang jalankan bisnes ni dari rumah sekarang🥰.

Apa itu BISNES ONLINE?


Bisnes online merupakan perniagaan yang dilakukan secara online yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual dan juga pembeli .

Antara contoh platform yang menjalankan perniagaan atas talian yang famous sekarang ni ialah Shopee, Lazada, Tiktokshop,Facebook dan banyak lagi.

Kebanyakan masyarakat hari ini menjalankan perniagaan atas talian ini disebabkan oleh prosesnya yang mudah dan cepat tanpa perlu mempunyai kedai fizikal.

Kita juga boleh menjalankan transaksi perniagaan di hujung jari sahaja. Bukan itu sahaja, perniagaan atas talian ini boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila masa sahaja.

Mudah kan!

Sebab itu ramai yang memilih untuk jalankan bisnes online sekarang ni termasuklah cikjea sendiri.Sambil duk rumah jaga anak,sambil bisnes online.

TITIK TOLAK CIKJEA TERJEBAK DENGAN BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA-SHAKLEE

Sebenarnya,cikjea dulu pernah bekerja sebagai tenaga pengajar di Kuala Pilah Negeri Sembilan.Nak dijadikan cerita,masa cikjea nak bersalin anak pertama pada tahun 2013, cikjea resign kerja dan bermula dari situlah cikjea mula terjebak dengan bisnes online.

Biasa la kan.Dari orang yang ada gaji sendiri,pegang duit sendiri tiba-tiba takde gaji dah.Haru jugak hidup rasa.hihi

Dari bisnes online buat macam-macam dropship,cikjea terjebak dengan bisnes shaklee asbab cikjea jatuh cinta dengan keberkesanan produk yang cikjea ambik semasa hamil anak pertama.

Dari seorang pengguna produk shaklee sahaja,cikjea beralih ke fulltime bisnes online shaklee dan mula berkongsi dengan ramai orang di luar sana tentang produk dan bisnes shaklee.

I am Shaklee Brand Ambassador

Dan sejujurnya,dalam banyak-banyak bisnes yang cikjea buat sebelum kenal shaklee,bisnes online shaklee inilah yang paling besttt sekali cikjea rasa.

Ni antara bonus-bonus yang cikjea dapat dengan bisnes shaklee .


5 SEBAB CIKJEA PILIH BISNES SHAKLEE?

1)Produk Yang Berkualiti & Hebat 

Produk shaklee ni dah lama wujud sebenarnya .Dah 100 tahun lebih dah umur produk shaklee ni.

Produk pertama yang Dr.Forrest Shaklee cipta ialah Vitalea atau Vitalized Minerals.Ia adalah gabungan mineral-mineral penting  yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buahan.


Walaupun usia lebih 100 tahun, shaklee dari masa ke semasa sentiasa membuat inovasi untuk penambahbaikan produk . 

Produk shaklee juga;

✅Sentiasa Selamat

•Setiap tahun sebanyak USD300 juta (RM1 Billion) dilaburkan untuk ujian klinikal dan R&D.
•Lebih 100,000 ujian kualiti tahunan.
•Sehingga 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat bagi setiap bahan baru.
•Label dan botol juga diuji secara klinikal untuk memastikan ianya selamat kepada bayi sehingga ke orang dewasa.



✅Sentiasa Berkesan

•Lebih 65 saintis menjalankan R&D ke atas pelbagai bahan dan produk.
•Disokong oleh kajian klinikal dan saintifik yang terdapat dalam lebih 100 terbitan jurnal saintifik.
•Satu kajian unggul (Landmark Study) telah dijalankan untuk membuktikan bahawa produk Shaklee adalah sangat berkualiti tinggi, terbaik, berkesan, selamat.
•Hasil daripada Landmark Study Shaklee menunjukkan, mereka yang mengambil supplement Shaklee dalam jangkamasa lama mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain atau langsung tidak mengambil sebarang vitamin.

✅Sentiasa Mesra Alam.

Produk terbaik yang selamat untuk anda, rumah anda, bumi anda kerana bahan dan proses yang digunakan adalah semula jadi, beyond organik.

2)Syarikat yang Kukuh dan Unggul

Syarikat Shaklee dah kukuh selama 60 tahun lebih di dunia dan dah lebih 30 tahun bertapak di Malaysia. Bila dah bertapak lebih 60 tahun kat dunia ni maksudnya Shaklee adalah syarikat yang kukuh dan unggul. 

So kita bila nak buat bisnes, kena la cari syarikat yang kukuh untuk menjamin keselamatan modal yang kita keluarkan. Nak tau syarikat tu kukuh atau tak, dia kena ada lebih dari 15 tahun, tapi shaklee dah lebih 60 tahun.Memang kukuh dan unggul sangat kan!

3)Shaklee Bisnes MLM patuh syariah

Bisnes shaklee ni bisnes berdasarkan MLM.Jadi ,kita kena pilih betul-betul syarikat patuh syariah.

Apabila mendengar MLM kita akan bayangkan perlu mencari orang sebagai downline kita dan perlu melabur ribuan ringgit kan. Tapi berbeza dengan bisnes Shaklee ni,ia adalah bisnes MLM yang patuh syariah.Ada kelulusan Halal yang diiktiraf oleh Jakim lagi.Dan tak perlu melabur ribuan ringgit.

Tiada istilah downline kerja kuat upline hanya goyang kaki. Dalam Shaklee sangat adil dan saksama kalau downline bekerja keras tidak mustahil downline akan mendapat ganjaran bonus melebihi upline nya sendiri. Dengan Shaklee kita akan membina empayar kita sendiri.

Keluarga besar kami di shaklee.Circle yang positif.Ukhuwwah yang best sangat

4)Ganjaran 3C dalam shaklee.

3C yang DITAWARKAN dalam Shaklee, iaitu: - 

1. CASH BONUS 

Cash atau Tunai 
Dalam perniagaan Shaklee Cash ada dua iaitu bonus yang Shaklee bagi bila kita mencapai target dan bonus terkumpul kumpulan kita dalam sebulan. 

2. CAR BONUS 

Car Bonus ni, Shaklee tak bagi kereta macam tu jer. Shaklee akan bagi CASH pada kita. Kenapa dalam bentuk cash? Sebab, cita rasa manusia tak sama. Ada yang suka kereta, ada yang suka rumah cantik dan selesa dan  nak buat cash tu aset lain-lain pun boleh😍. Semua cash yang akan kita dapat ini,  bergantung pada hasil usaha kita juga dalam perniagaan Shaklee. Semakin besar usaha kita semakin besarlah cash yang kita akan dapat. 

Syukur alhamdulillah cikjea dah dapat car bonus dalam shaklee

3. CONVENTIONAL TRIP VVIP

Ni trip paling best siapa yang suka travel tu memang sesuai sangat. Bukan travel biasa-biasa semuanya diluar negara. 
Paling best lagi Shaklee akan tawarkan Pakej Umrah. Tentu seronok bila kita mampu ke Tanah Suci dengan trip Shaklee ni. Insya Allah.Semoga kita semua mampu menjejak kaki ke sana nanti.aminn

5)Bisnes yang boleh diwarisi

• Shaklee ni bukan bisnes untuk kita buat sekarang, tapi juga untuk masa akan datang.Bila kita join Shaklee, kita dah mewujudkan tapak bisnes untuk anak cucu kita jugak.Bisnes Shaklee ni boleh diwarisi apabila kita merasa untuk berhenti membuat bisnes shaklee ni.Shaklee juga dah bekerjasama dengan Amanah Raya untuk urusan Pewarisan ni.

Pewaris empayar bisnes shaklee mommy nanti.

Untuk sertai bisnes Shaklee ni hanya perlukan modal RM35 sahaja, dan segalanya diuruskan oleh Shaklee.Pengeposan semua shaklee akan uruskan direct hantar kepada customer.Cuma klik-klik order di website shaklee.Siap!

Bisnes Shaklee di hujung jari sahaja!

 
Kepada yang berminat untuk sertai bisnes shaklee ni boleh hubungi cikjea di link  yang tertera.

Atau,

Klik link di bawah untuk register.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1112959


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#BisnesOnlineTerbaikMalaysia












No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Aktif di tempat Anda -Bachok Kelantan dan sekitarnya.

Assalamuaikum semua.Saya Norizan Ibrahim.Merupakan Pengedar Aktif Shaklee anda di kawasan Bachok dan sekitarnya.Lokasi saya di Beris Kubur B...