Sunday 4 June 2023

7 Kata-kata Motivasi Untuk Orang Bisnes.




Perjalanan untuk menjadi seorang usahawan berjaya sudah semestinya penuh onak dan duri. 

Tidak semua yang berjaya sampai ke puncak. Mungkin ada yang tewas ditengah jalan. 

Jika hari mempunyai panas dan hujan,begitu juga dengan kehidupan seorang usahawan. Ada kalanya diselubungi banyak masalah dan ada kalanya didatangi dengan banyak kejayaan. 

Oleh itu, kata-kata motivasi untuk orang bisnes ini sedikit sebanyak boleh dijadikan pembakar semangat untuk kita semua terus berjuang dan akhirnya menemui titik kejayaan.

1.Cuba! Jangan Tak Cuba
•Kita tak akan tahu selagi belum mencuba. Jangan takut untuk mencuba! Buka hati kita untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia mungkin akan sedikit sulit bagi kita, tetapi kita akan belajar banyak perkara daripada ini. Sebaliknya, mereka yang berhenti mencuba adalah orang yang gagal.

2.Jangan Berangan-Angan,Jadikan Impian Suatu Kenyataan!
•Jangan hanya jadi pemimpi saja, tapi jadilah pengejar mimpi yang hebat dan jadikan mimpimu suatu kenyataan. Kerana impian bukan sekadar angan-angan, tapi harus diperjuangkan. Jangan pernah menyerah pada mimpimu, jadikan ia kenyataan.

3.Mulakan tindakan.Jangan hanya sekadar berkata-kata.
•Sesuatu perubahan tidak akan berlaku kalau setakat berkata-kata di mulut sahaja, tindakan perlu dibuat. Jika ilmu sudah ada, modal sudah ada, dan pelan pun dah ada, mulakanlah bisnesmu dengan yakin. Dalam melakukan perubahan itu pastilah akan datang pelbagai dugaan, tetapi terimalah ia sebagai cabaran untuk kita mara ke hadapan.

4.Abaikan kata-kata orang.Jalan terus!
•Tak usah ambil peduli dengan kata-kata orang tentang kelemahan dan impian anda. Satu-satunya cara untuk mendiamkan mereka adalah dengan membuktikannya.

Jadikan kata-kata pedas mereka sebagai pembakar semangat anda untuk membuktikan kepada mereka bahawa anda boleh mencipta sesuatu yang mereka fikir adalah mustahil. Percayalah, ia bukan seperti yang orang katakan, tetapi ia adalah tentang impian besar yang perlu anda realisasikan.


5.Perjalanan Seribu Batu Bermula Dari Satu Langkah
•Untuk mendahului mana-mana perlumbaan, kita haruslah mengambil langkah pertama.

Usain Bolt juga tidak mungkin memenangi perlumbaan 100m dengan bermula di garisan penamat. Tidak mengapa untuk bermula dengan perlahan, yang penting kita perlu tahu untuk memaksimumkan momentum yang dicapai.

6.Jangan Berbicara Dengan “Mungkin”
Katakan “Aku Boleh”!
•Berbicara dengan “mungkin” akan menyebabkan kita kurang keyakinan lalu tidak akan dapat mencapai apa-apa.

 Namun, bila anda katakan “aku boleh”, anda pasti dalam melakukan segala sesuatu. Namun, bila sudah ada idea, janganlah gelojoh untuk terus melakukannya, fikirkan sejenak adakah ia bersesuaian dengan kemampuan anda. Bila sudah pasti, ayuh lakukan! Anda pasti boleh!

7.Perancangan Adalah Seperti Peta.
Tanpanya, Perjalanan Bisnes Kita Sesat.
•Ibarat perjalanan tanpa peta, kita tidak akan tahu arah tujuan, lalu kita akan sesat.

 Sama seperti perniagaan tanpa perancangan dan strategi, anda akan kebingungan ,apa yang nak dicapai, mana dahulu perlu dicapai, bila tempoh masanya, bagaimana nak mencapainya, semua tak ada, lalu perjalanan bisnes anda mungkin akan berakhir dengan kegagalan.Pastikan buat perancangan yang rapi untuk bisnes anda.

Kejayaan pada hari esok adalah bermula daripada hari ini. Tindakan kita, sikap kita, dan motivasi diri kita hari ini bakal menentukan kejayaan kita pada hari esok. 

Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu ada motivasi diri yang cukup tinggi.

Semoga kata-kata motivasi ini dapat membantu kita sebagai orang bisnes untuk mencapai kejayaan!

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023




No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Aktif di tempat Anda -Bachok Kelantan dan sekitarnya.

Assalamuaikum semua.Saya Norizan Ibrahim.Merupakan Pengedar Aktif Shaklee anda di kawasan Bachok dan sekitarnya.Lokasi saya di Beris Kubur B...